suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Tarik Balik Undang-Undang Tentera

BANGKOK: Junta tentera Thailand pada malam Rabu mengumumkan penarikan undang-undang tentera yang dikuatkuasakan di seluruh negara sejurus sebelum rampasan kuasa 10 bulan lalu.

Bagaimanapun, pihak tentera mengekalkan banyak kuasa dengan melaksanakan langkah keselamatan khas, iaitu Artikel 44 perlembagaan sementara.

Langkah itu akan membenarkan pasukan keselamatan melakukan penahan tanpa waran dan menahan individu tanpa pertuduhan.

"Kami sudah menarik undang-undang tentera di seluruh negara," menurut kenyataan pihak tentera yang disiarkan di televisyen.

Pengumuman itu dibuat selepas Raja Bhumibol Adulyadej meluluskan penarikan undang-undang itu yang melarang perhimpunan politik dan memberi kuasa kepada pihak tentera. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain