suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Skuad Bola Sepak Turki Ditembak

Pemain pasukan bola sepak Feberbahce menunjukkan kesan tembakan pada cermin bas yang mengakibatkan pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan.

BAS pasukan bola sepak Turki, Fenerbahce ditembak semasa melalui lebuh raya Trabzon selepas menang besar dalam perlawanan liga negara itu, Sabtu.

Menurut Gabenor Trabzon, Abdulcelil Oz, tiada pemain yang mengalami kecederaan tetapi pemandu bas terbabit cedera terkena tembakan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum itu, Oz memaklumkan pemandu bas berkenaan tercedera akibat terkena batu dan tetapi mengubah kenyataannya selepas mengetahui perkara sebenar.

Malahan, katanya kejadian itu sedang disiasat dan pihak yang bertanggungjawab akan diburu untuk dikenakan tindakan setimpal.

"Pemandu tersebut tercedera akibat terkena tembakan dan ia kelihatan seperti peluru yang ditembak menggunakan senapang," kata beliau.

Kecederaan yang dialami pemandu bas menyebabkan pihak keselamatan mengawal bas berkenaan bagi mengelak berlaku pelanggaran.

Serangan tersebut berlaku semasa pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menundukkan Caykur Rizespor 5-1 dalam perlawanan Liga Turki.

Kesemua pemain Fenerbache selamat tiba di lapangan terbang dan ketua keselamatan kelab tersebut menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan yang salah.

"Kami datang ke sini untuk bersukan, untuk bermain bola," katanya menerusi laman web rasmi pasukan tersebut.



Turki, Feberbahce, Trabzon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain