suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Dewasa, Tujuh Kanak-Kanak Maut Keracunan Gas

Orang ramai yang berada di luar rumah tersebut tidak dapat menahan rasa sebak selepas mayat dikeluarkan dari rumah mangsa terkorban.
PRINCESS ANNE, Maryland: Tujuh kanak-kanak dan seorang dewasa yang mempunyai hubungan kekeluargaan ditemui mati petang Isnin dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida di sebuah rumah di Antioch Avenue.

Ketua Polis Princess Anne, Scott Keller berkata tujuh kanak-kanak itu berusia antara enam hingga 16 tahun.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut telah dimaklumkan mengenai berita malang itu tetapi lebih ramai ahli keluarga akan dihubungi.

Nama mangsa yang maut turut tidak didedahkan.

"Ia adalah insiden tragis di kawasan kejiranan ini," kata Keller.

Stephanie Wells yang bekerja dengan mangsa dewasa yang namanya masih belum disahkan polis berkata dia kali terakhir melihat mangsa pada 28 Mac lalu.

"Pada 28 Mac lalu adalah kali terakhir sesiapa sahaja bercakap dengan mangsa yang maut," kata Keller.

Wells, seorang penyelia makanan di Universiti Maryland merupakan penyelia kepada mangsa.

Mangsa bekerja dalam bidang penyediaan makanan yang memerlukan dia melakukan apa sahaja bermula dari membuang sampah sehinggalah ke bidang masakan.

Wells berkata, mangsa bekerja di tempat tersebut sejak Ogos 2014.

"Mangsa seorang yang baik hati dan suka membantu. Dia juga gemar bercerita mengenai anak-anaknya," kata Wells.


maut, keracunan gas

Artikel Lain