suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Singapura Umum Rombakan Kabinet

Lee Hsien Loong.

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong akan membuat beberapa perubahan dalam Kabinetnya, pelantikan politik lain serta menaikkan pangkat penyandang jawatan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa rombakan itu adalah sebahagian daripada usaha pembaharuan kepimpinan.

Masagos Zulkifli akan dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh dengan menyandang jawatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri berkuat kuasa Khamis ini. 

Beliau akan terus berkhidmat sebagai Menteri Kedua masing-masing di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Luar.

Chan Chun Sing pula dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri. 

Beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua bagi Kementerian Pertahanan berkuat kuasa Khamis.

Lim Swee Say dilantik sebagai Menteri Tenaga Kerja dan akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada 4 Mei depan.

Tan Chuan-Jin, yang kini Menteri Tenaga Kerja, akan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga berkuat kuasa Khamis.

Beliau akan menyandang kedua-dua jawatan sehingga beliau melepaskan jawatan Menteri Tenaga Kerja pada 4 Mei depan.

Lui Tuck Yew dilantik Menteri Kedua bagi Kementerian Pertahanan berkuat kuasa Khamis dan terus menyandang jawatan Menteri Pengangkutan.

Lee Hsien Loong

Artikel Sebelum

2 Kg Rambut Dalam Perut Budak

Artikel Lain