suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hillary Clinton Akan Jadi 'Presiden Yang Cemerlang' - Obama

Obama (kiri) dan Clinton.

PANAMA: Hillary Clinton mampu menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang cemerlang, kata Barack Obama kepada pemberita pada malam Sabtu (pagi Ahad waktu Malaysia).

Obama menewaskan Clinton yang ketika itu mahu menjadi presiden AS wanita pertama dalam pencalonan parti pada 2008.

Obama kemudiannya memenangi semula dalam pilihan raya empat tahun selepas itu.

"Beliau (Clinton) merupakan seorang calon yang mantap pada 2008. Beliau seorang penyokong terbaik saya dalam pilihan raya umum. Beliau merupakan setiausaha negara yang cemerlang. Beliau adalah rakan saya.

"Saya rasa beliau boleh menjadi presiden yang cemerlang," kata Obama pada sidang serantau di Panama.

Beberapa laporan media AS memetik sumber dalam kempen pasukan Clinton berkata, bekas wanita pertama AS berusia 67 tahun itu kemungkinan akan mengumumkan pencalonannya untuk penamaan calon parti Demokratik pada Ahad. - AFP

Barack Obama, Hillary Clinton

Artikel Lain