suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duta Australia Ke Indonesia Diarah Pulang Tanda Protes Hukuman Mati

Tony Abbott.

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Rabu berkata, beliau mengarahkan duta negara itu ke Indonesia pulang ke tanah air sebagai tanda bantahan terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas dua rakyatnya yang disabitkan bersalah menyeludup dadah.

"Kita menghormati kedaulatan Indonesia tetapi kita kesal terhadap apa yang telah berlaku," kata Abbott kepada pemberita di Canberra.

"Saya mahu menegaskan bahawa adalah amat penting bagi hubungan antara Australia dan Indonesia tetapi apa yang telah berlaku beberapa jam lalu telah menjejaskannya," kata Abbott.

Dilaporkan, dua warga Australia, Myuran Sukumaran dan Andrew Chan dikenakan hukuman tembak bersama-sama dengan enam yang lain daripada beberapa negara pada awal pagi Rabu.

Menteri Luar, Julie Bishop berkata, Duta Australia ke Indonesia, Paul Gibson akan kembali ke Australia menjelang akhir minggu ini. 

Mahkamah Indonesia sebelum ini menolak rayuan terhadap dua pesalah dadah Australia yang dijatuhkan hukuman mati. - REUTERS


Tony Abbott

Artikel Lain