suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Dua Kali Bersalin Hari Sama Dengan Kate Middleton

Monika Tano dari Birmingham, England bersalin pada hari yang sama dengan Kate Middleton sebanyak dua kali.

SEORANG wanita yang melahirkan anak sulungnya pada hari yang sama Putera George dilahirkan dua tahun lalu, bersalin pada Sabtu, beberapa jam sebelum Kate Middleton dikurniakan seorang puteri.

Portal Mirror melaporkan Monika Tano mempunyai anak perempuan bernama Liliana yang dilahirkan pada 22 Julai 2013 dan melahirkan anak keduanya, Aurelia pada pukul 1.47 pagi Sabtu (7.47 waktu Malaysia) di Hospital Birminghham, United Kingdom.

Lapan jam kemudian, Kate Middleton dan suaminya, Putera William turut menimang cahaya mata perempuan mereka.

Ini bermakna kedua-dua anak Monika selepas ini akan menyambut hari lahir pada hari yang sama dengan Putera George dan adik perempuannya yang ketika ini namanya masih belum diketahui. 

Putera George dan adik perempuannya, masing-masing merupakan pewaris ketiga dan keempat dalam keluarga diraja Britain. - MIRROR


Artikel Lain