suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Mabuk Makan Kulit Kepala Anak

Bharati terpaksa menerima rawatan lanjut di hospital akibat perbuatan ibu kandungnya yang mabuk ketika memotong dan memakan kulit kepalanya.

NEW DELHI: Akibat mabuk, seorang wanita memotong dan memakan kulit kepala anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Kanak-kanak itu, Bharati Mondal menjerit ketika ibunya melakukan perbuatan kejam itu dan jeritan serta tangisannya didengari pakciknya, Dablu Mondal, 41.

Dailymail melaporkan, Dablu kemudiannya menemui kakak iparnya, Pramila, 40 sedang memotong dan memakan kulit kepala Bharati.

"Saya sedang berehat di rumah pada waktu tengahari ketika  mendengar jeritan Bharati.

"Saya pantas merampas Bharati dari Pramila dan bawanya ke hospital," katanya mengenai kejadian di Gopalpur, barat Bengal itu.

Akhbar itu melaporkan, orang ramai yang marah dengan tindakan Pramila berkumpul sebelum mengikat dan membelasah wanita berkenaan.

Ibu kepada tiga anak itu yang juga pemabuk mengaku melakukan perbuatan itu tetapi gagal menjelaskan punca dia berbuat demikian.

Pramila bagaimanapun terselamat selepas adik iparnya, Mamta Mondal, 36 menghubungi polis untuk menyuraikan orang ramai.

Pramila dijangka didakwa tidak lama lagi.

Bharati Mondal, Bengal

Artikel Lain