suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Maut Dalam Serangan di Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad berdekatan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di timur laut Afghanistan. 

Serangan itu berlaku di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir Bandar Khos membabitkan beberapa kenderaan musnah, demikian menurut Ketua Polis Daerah itu, Faizullah Ghairat. Sementara itu, jurucakap tentera AS berkata, tiada seorang pun anggota tentera di pangkalan itu cedera dalam kejadian itu. 

Pangkalan Chapman, pernah digunakan oleh CIA untuk membantu serangan AS terhadap Taliban dan al-Qaeda dan pernah terjejas teruk dalam sejarah CIA pada lewat tahun 2009 apabila lapan anggota perisik terbunuh dalam serangan al-Qaeda.

Artikel Lain