suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Singapura Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Sultan Johor

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serena, Johor Baru, pada Jumaat.

Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan berkata Chan dan Tan ditemani pasangan masing-masing turut menghadap Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Mereka juga menikmati jamuan tengah hari bersama-sama Sultan dan Permaisuri Johor dengan keluarga kerabat diraja Johor dan anggota Exco kerajaan negeri.

"Menteri kami juga mengucapkan Selamat Hari Raya bagi mengukuhkan hubungan mesra antara rakyat Singapura dan Johor," kata kenyataan itu.

Artikel Lain