suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muslim Meriah Raikan Aidilfitri Di Negara Komunis

Warga asing beragama Islam meraikan Aidilfitri dengan meriah di Masjid Ar-Rahman Pyongyang.

LONTONG, opor ayam dan rendang mewarnai sambutan Aidilfitri masyarakat Muslim Indonesia yang meraikan lebaran di Korea Utara.

Walaupun tinggal di negara yang mengamalkan dasar kuku besi penduduk Islam dari Indonesia, Malaysia, Mesir, Pakistan, Palestin dan Syria tetap meriah meraikan Aidilfitri pada 17 Julai lalu.

Antara lokasi yang menjadi pusat sambutan ialah Kedutaan Indonesia di Pyongyang.

Di situ solat hari raya diadakan di Masjid ar-Rahman yang dibina di dalam kompleks Kedutaan Iran.

Seorang warga Mesir, Amru Reda dipilih untuk mengetuai solat dan membaca khutbah hari raya.

Selesai khutbah disampaikan jemaah yang berjumlah kira-kira 100 orang itu bersalaman sambil menikmati juadah di depan masjid.

Sepanjang Ramadan seramai 35 Muslim warga Indonesia juga mengadakan pelbagai aktiviti termasuk berbuka puasa bersama pada setiap Sabtu dan perayaan Nuzul Quran serta solat tarawih di Masjid Ar-Rahman. 


Aidilfitri, Korea Utara, komunis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain