suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Ditahan Jerat Wanita Jadi Pelacur Di FB

BANGKOK: Kegiatan menjerat wanita menjadi pelacur di luar negara melalui laman Facebook berakhir apabila polis Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia dan dua wanita rakyat negara itu.

Siasatan kes yang dikendalikan Jabatan Siasatan Khas Polis Thailand itu mendapat mangsa diperdaya kumpulan terbabit dengan mengatakan mereka akan diambil bekerja di restoran, spa dan pusat karaoke di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, siasatan itu juga mendapati sebaik tiba di Malaysia mangsa akan dipaksa melacur.

Jurucakap Jabatan Siasatan Khas, Komvich Padhanarath berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa tiga suspek itu merekrut wanita di Facebook dan memaksa mereka menjadi pelacur di Kuala Lumpur.

Katanya, Kheng Hsiang Low dan dua wanita berkenaan ditahan di tiga lokasi berbeza di Thailand pada minggu lalu.

“Seorang lagi suspek warga Malaysia masih bebas,” katanya.


Facebook, Komvich Padhanarath

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain