suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Citilink Tergelincir, Tiga Cedera

Pesawat Citilink yang tergelincir di landasan lapangan terbang di Padang, malam Ahad. Foto Kompas.com

JAKARTA: Sebuah pesawat Citilink tergelincir di landasan di barat Indonesia pada malam Ahad, menyebabkan tiga orang cedera dan lapangan terbang terpaksa ditutup, menurut pegawai kementerian pengangkutan dan media tempatan.

Jurucakap kementerian pengangkutan, Julius Barata memberitahu Reuters bahawa pesawat Airbus A320 itu membawa 174 penumpang dalam penerbangannya dari Jakarta ke Padang ketika ia tergelincir di landasan sewaktu mendarat.

"Pesawat itu menghalang laluan di landasan, jadi lapangan terbang masih ditutup," tambah Barata.

Citilink merupakan syarikat penerbangan tambang rendah di bawah syarikat PT Garuda Indonesia Tbk. - REUTERS

citilink

Artikel Lain