suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 13 tahun Dipukul Hingga Mati Kerana Dituduh Curi Basikal

SEKUMPULAN 13 individu ditahan polis kerana didapati memukul seorang budak lelaki sehingga mati dengan alasan mangsa telah mencuri sebuah basikal.

Polis Bangladesh berjaya menahan suspek untuk dihadapkan ke mahkamah di Sylhet selepas video berdurasi 28 minit yang menyaksikan budak berkenaan dipukul menjadi viral di media sosial.

Mangsa, Samiul Alam Rajon, 13, mati selepas dipukul menggunakan pelbagai objek oleh kumpulan lelaki dewasa.

Berikutan kejadian itu, netizen di negara berkenaan mendesak supaya suspek dijatuhi hukuman mati kerana telah berlaku kejam terhadap budak berkenaan.

Bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa maut akibat 64 kecederaan berasingan.

Dalam video tersebut, Samiul meminta kumpulan lelaki dewasa itu berhenti memukulnya.

"Tolong jangan pukul saya lagi, saya akan mati," jeritnya meminta simpati.

Bagaimanapun suspek dilaporkan berkata," tulangnya masih OK, pukul dia lagi."

Siasatan polis mendapati, mangsa tidak mencuri basikal seperti yang didakwa.

"Tiada asas bahawa mangsa mencuri basikal, bukti yang berkaitan dengan mencuri juga tiada," kata pegawai polis.

Bangladesh, Pukul

Artikel Lain