suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Militan ISIS Dijangkiti HIV Diarah Jadi Pengebom Berani Mati

Sekurang-kurangnya 16 anggota militan ISIS yang dijangkiti virus HIV diarahkan untuk melakukan serangan berani mati.

SEKURANG-KURANGNYA 16 anggota militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang dijangkiti virus HIV diarahkan untuk melakukan serangan berani mati, dakwa seorang doktor yang merawat mereka.

Portal Mail Online melaporkan, doktor berkenaan mendedahkan perkara itu selepas kesemua mereka dijangkiti virus tersebut akibat mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan dua hamba seks warga Maghribi.

Dilaporkan, kesemua mereka merupakan anggota militan warga asing yang dirawat di sebuah hospital dikendalikan oleh ISIS di bandar Al-Mayadeen timur Syria.

Sumber memberitahu bahawa mereka diarahkan oleh barisan kepimpinan kumpulan untuk dikuarantinkan di bandar itu.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua wanita warga Maghribi itu melarikan diri ke Turki kerana bimbang akan dibunuh oleh ISIS.

Seorang aktivis di Al-Mayadeen memberitahu ARA bahawa timbul kekecohan di kalangan kepimpinan kumpulan itu apabila mereka akan menugaskan mana-mana anggota militan yang disahkan positif HIV untuk melancarkan serangan berani mati.


ISIS, HIV

Artikel Lain