suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah membeli sebuah pangsapuri mewah bernilai RM79 juta ($18.5 juta) yang terletak di tengah-tengah New York.

Pemain Real Madrid yang disenarai sebagai atlit menerima bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes telah membeli kediaman seluas 2,509 kaki persegi di tingkat lima Menara Trump, lapor New York Post.

Rekaan pangsapuri eksklusif itu merupakan ilham daripada sebuah novel yang kemudian direalisasikan oleh taikun hartanah Itali, Alessandro Proto - rakan kongsi Donald Trump.

Akhbar Amerika Syarikat (AS) itu turut mengaitkan bahawa Ronaldo bakal mengakhiri karier di negara berkenaan sebagai pemain bola di MLS.

Ronaldo yang mempunyai aset di banyak negara dilaporkan belum mempunyai teman wanita selepas berpisah dengan model, Irina Shayk.

Pemain Portugal itu juga terkenal sebagai seorang penderma khususnya kepada Palestin dan badan bebas yang membantu negara Islam berkenaan.


New York, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Lain