suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justo Mahu Kemuka Rayuan

Xavier Andre Justo (kanan) sewaktu keluar dari mahkamah di Bangkok pada bulan lalu. Foto AFP

BANGKOK: Xavier Andre Justo yang dihukum penjara di Bangkok atas tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun.

"Saya tidak menjangkakan ia tiga tahun," katanya kepada The Straits Times.

Temuramah itu turut disertai peguamnya, Marc Henzelin.

Justo disabitkan bersalah pada 17 Ogos lalu, tetapi hukumannya diringankan selepas memberi kerjasama kepada polis dan membuat pengakuan sepenuhnya berhubung tuduhan terhadapnya.

Warga Switzerland itu mempunyai tempoh sehingga 17 September ini untuk mengemukakan rayuan. – The Straits Times/Asia News Network 

Xavier Andre Justo

Artikel Sebelum

Artikel Lain