suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Finland Pelawa Pendatang Asing Tinggal Di Rumahnya

Kediaman PM Finland di Kempele yang ditawarkan kepada pendatang asing mulai tahun depan.

HELSINKI: Kebanjiran pendatang asing kebelakangan ini mendorong Perdana Menteri Finland, Juha Sipila untuk menawarkan rumahnya kepada golongan itu.

Kediaman yang terletak di Kempele, utara negara itu boleh menempatkan pelarian berkenaan bermula awal tahun depan.

"Saya banyak menghabiskan masa di Helsinki, jadi rumah itu tidak dihuni," kata Sipila ketika diwawancara stesen radio YLE.

Dia juga menggesa rakyat negara itu untuk membantu dan bersimpati terhadap pelarian yang datang ke Eropah kerana melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan.

Menurutnya, rancangan Kesatuan Eropah untuk mengagihkan 120,000 pencari suaka yang tiba di Greece, Itali dan Hungary perlu dilakukan secara sukarela dan berharap Finland dapat menunjukkan contoh terbaik dalam hal ini. 


Finland, Juha Sipila, Kempele

Artikel Sebelum

Bapa Aylan Kurdi Kembali Ke Syria

Artikel Berikut

Artikel Lain