suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Di Kelab Malam, 25 Terbunuh

BUCHAREST: Seramai 25 orang terbunuh dalam satu letupan di sebuah kelab malam yang dipenuhi pengunjung di Romania pada Sabtu.

Ketika kejadian seramai lebih 400 pengunjung dilapor sedang menonton konsert di kelab malam berkenaan sebelum letupan berlaku.

Akibat letupan kuat itu seramai 88 pengunjung turut mengalami kecederaan dan di antara mereka terdapat yang parah.

Pasukan keselamatan yang tiba dilokasi kejadian terpaksa menggunakan pelbagai alatan bantuan untuk memasuki premis berkenaan bagi menyelamatkan mangsa.

Kenyataan rasmi kerajaan setakat ini mengesahkan seramai 25 pengunjung kelab malam itu terbunuh dalam insiden berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Raed Arafat berkata, jumlah kematian dijangka meningkat kerana terdapat 400 pengunjung di dalam premis berkenaan ketika kejadian.



Romania, letupan

Artikel Lain