MAHKAMAH menolak tuntutan keluarga seorang lelaki warga emas berusia 87 tahun yang terjatuh dari basikal elektrik dan meninggal dunia, terhadap 10 pejalan kaki yang didakwa gagal memberikan bantuan ketika insiden tersebut berlaku.
Dalam kejadian yang berlaku tahun lalu di wilayah timur Shandong, China, rakaman kamera pengawasan menunjukkan beberapa orang pejalan kaki menyaksikan warga emas itu jatuh tetapi tidak memberi bantuan.
Mereka sebaliknya dilihat meninggalkan tempat kejadian.
Keluarga mangsa menuntut pampasan sebanyak 140,000 yuan (RM84,821) daripada setiap pejalan kaki tersebut, mendakwa sikap tidak peduli mereka menjadi punca kematian lelaki berkenaan.
Namun punca kematian lelaki warga emas itu tidak dinyatakan.
Mahkamah dalam penghakimannya pada Mad lalu bagaimanapun memutuskan bahawa tiada kewajipan undang-undang untuk membantu kerana tiada interaksi fizikal berlaku antara mereka dan mangsa. -Agensi