suria

Hubungan sulit terbongkar, suami tergamak tembak mati isteri sarat mengandung

Suspek ditahan selepas didakwa menembak mati isterinya. -Foto Matichon

SEORANG suami tergamak menembak mati isteri yang sarat mengandung gara-gara hubungan sulitnya dengan wanita lain terbongkar.

Mangsa berusia 35 tahun itu, ditemukan sudah tidak bernyawa di bilik tidur di sebuah rumah teres tiga tingkat dengan kecederaan akibat tembakan di bahagian kanan kepala.

Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman pasangan itu di Thung Khru, Bangkok, Thailand pada Sabtu lalu (12 April).

Suspek mendedahkan punca pergaduhan tercetus ekoran mangsa yang secara kebetulan melihat notifikasi wanita lain muncul dari aplikasi mesej telefon, sewaktu suspek membersihkan pistol miliknya.

Dia yang berang bertindak melulu dengan mengacukan pistol ke arah mangsa lalu menembaknya.

Suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya diberkas dalam lingkungan 100 meter dari Balai Polis Thung Khru.

Sepucuk revolver model .38 yang ditemukan di lokasi berhampiran turut dirampas.

Suspek kini didakwa kerana membunuh dengan sengaja dan salah laku senjata api. -Agensi

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?