SEORANG doktor di kolej perubatan didakwa bertindak kasar dengan memukul pesakitnya yang datang untuk melakukan beberapa ujian perubatan pada Isnin.Kejadian dilaporkan berlaku di Kolej Perubatan Indira Gandhi (IGMC), Shimla, Himachal Pradesh di India. Berdasarkan laporan, pesakit dikenali sebagai Arjun Panwar memaklumkan dia mengalami masalah kesukaran bernafas.Namun apabila Arjun berbaring di atas katil, dia mendakwa dimarahi doktor terbabit tanpa sebarang sebab.Menurut Arjun, pertengkaran tercetus selepas dia menegur sikap kasar doktor berkenaan.Susulan itu, dia turut mendakwa dipukul doktor terbabit."Saya baru sahaja menjalani prosedur bronkoskopi dan sedang bergelut untuk bernafas."Apabila saya meminta alat bantuan oksigen, doktor itu mempersoalkan status kemasukan saya," katanya.Arjun berkata, dia meminta doktor tersebut bercakap dengan lebih sopan, namun pegawai perubatan itu didakwa menjadi agresif dan mengeluarkan kata-kata menghina sebelum bertindak memukulnya.Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan doktor berkenaan memukul Arjun berulang kali ketika mangsa sedang berbaring di atas katil sambil cuba melindungi dirinya.Susulan kejadian itu, sekumpulan orang ramai dilaporkan berkumpul di hospital berkenaan bagi menuntut tindakan tegas diambil terhadap doktor terbabit.Pentadbiran Hospital IGMC Shimla kemudiannya menubuhkan jawatankuasa siasatan khas terdiri daripada tiga ahli bagi menyiasat insiden yang berlaku.Menurut Penguasa Perubatan (MS) IGMC Shimla, Dr Rahul Rao, jawatankuasa itu sedang menjalankan siasatan dan laporan lengkap dijangka diserahkan dalam tempoh beberapa jam. Katanya, satu laporan polis (FIR) turut dibuat terhadap doktor terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi