SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan polis pada Rabu selepas didakwa meninggalkan anak lelakinya yang berusia dua tahun di dalam mesin basuh, menyebabkan kanak-kanak itu sesak nafas dan meninggal dunia.Kejadian berlaku di Kasumigaura, Wilayah Ibaraki, Jepun, pada April tahun lalu ketika ibu kanak-kanak itu keluar bekerja. Menurut pihak polis, lelaki dikenali sebagai Yuki Yamaguchi dikatakan meninggalkan anaknya di dalam mesin basuh selama kira-kira 20 minit, walaupun menyedari kanak-kanak itu telah terjatuh ke dalamnya sebelum itu."Saya meninggalkannya di situ tanpa memberikan sebarang bantuan," kata Yamaguchi, menurut polis.Yamaguchi kemudian membuat panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.29 pagi dengan memaklumkan bahawa anak lelakinya tidak bernafas.Mesin basuh itu ditempatkan di dalam bilik kanak-kanak tersebut sebelum mahu dilupuskan.Kes berkenaan kini disiasat oleh pihak berkuasa tempatan, dengan lelaki tersebut dituduh atas dakwaan kecuaian hingga membawa kepada kematian. -Agensi