suria

Bapa kelar leher anak dah kahwin, berang dapat tahu lari ikut lelaki lain kenal di IG

Keganasan mengundang padah. -Gambar hiasan

SEORANG bapa sanggup mengelar leher anak perempuannya sehingga mati selepas mangsa didakwa melarikan diri bersama kenalan Instagram (IG).

Kejadian ngeri itu berlaku di daerah Tiruppur, India.

Berdasarkan laporan, suspek yang dikenali sebagai Arumugam, dikatakan hilang pertimbangan selepas mendapat tahu anak perempuannya, Simya, 23, bertindak melarikan diri mengikut lelaki yang dikenali menerusi laman sosial itu.

Kisah bermula apabila rumah tangga Simya dan suaminya, Prem Kumar yang dibina sejak lima tahun lalu mula retak akibat tabiat buruk suaminya yang ketagihan alkohol.

Namun Arumugam cuba menyelamatkan perkahwinan anaknya dengan membelikan sebuah rumah berdekatan kediamannya.

Namun mangsa dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Praveen Kumar di IG sehingga hubungan itu bertukar menjadi cinta.

Malah mangsa juga pernah diminta untuk melarikan diri ke Kanyakumari pada 2 Januari lalu bersama anaknya yang berusia tiga tahun.

Susulan itu, suaminya membuat laporan polis sekali gus membawa kepada penemuan mangsa sebelum dia diserahkan semula kepada keluarganya.

Arumugam pergi ke kediaman mangsa untuk bertanya mengenai tindakan yang dilakukan namun pertengkaran yang tercetus membuatkan dia bertindak mengelar leher anaknya itu hingga maut di dalam rumah berkenaan.

Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu mangsa yang tiba tidak lama kemudian, menjerit melihat keadaan anaknya yang sudah terbaring berlumuran darah.

Suspek dilaporkan sempat menangis teresak-esak selepas menyedari perbuatannya itu.

Pihak polis Veerapandi telah menahan Arumugam untuk siasatan lanjut sementara mayat mangsa dibawa ke Hospital Kolej Kerajaan Daerah Tiruppur bagi tujuan bedah siasat.

Artikel Lain