SEORANG wanita bersama dua lagi rakan ditahan atas cubaan membunuh individu dipercayai kekasih gelap suaminya menggunakan bom buatan sendiri.Suspek dipercayai memasang bahan letupan itu pada kereta milik wanita berkenaan sebagai balas dendam merampas suaminya. Menurut media tempatan pada Khamis, insiden itu berlaku pada 24 Disember tahun lalu namun tiga suspek berusia antara 34 hingga 38 tahun hanya diberkas pada Rabu.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Chon Buri, Thailand.Balai Polis Don Hua Lor menerima laporan mengenai kes letupan selepas mangsa mendakwa objek dipercayai bom terjatuh dari kenderaannya sebelum meletup di atas jalan. Pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (EOD) mendapati alat letupan buatan sendiri (IED) itu diisi dalam empat botol kaca, tetapi hanya satu meletup.Siasatan mendapati peranti berkenaan dipasang berhampiran tangki minyak dan diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh, namun gagal berfungsi sepenuhnya.Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan susulan kejadian itu.Suspek utama dipercayai bertindak selepas mengetahui suaminya berlaku curang dan mengupah dua rakan sekerja bagi membantu melaksanakan rancangan tersebut.Ketiga-tiga mereka kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh, menyebabkan insiden yang membahayakan orang awam serta memiliki bahan letupan secara haram. -Agensi