Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka ketika menggunakan tandas ekoran dibimbangi menjadi mangsa rakaman individu 'gila seks'. -Gambar hiasan AI
SEORANG mahasiswa ditahan selepas disyaki merakam aksi pensyarah secara rahsia di dalam bilik mandi kampus.Menurut sumber, perbuatan pelaku yang merupakan penuntut Universiti Sultan Ageng Tirtayasa (Untirta), Banten, Indonesia itu terbongkar apabila mangsa menyedari terdapat sebuah telefon bimbit yang dihalakan ke dalam tandas ketika dia berada di dalam bilik berkenaan. Bagaimanapun, mangsa tidak panik dan bertindak tenang dengan keluar dari tandas sebelum menahan suspek di luar bilik mandi.Ketika ditahan, suspek tidak mengaku sebagai penuntut di kampus berkenaan dan bertindak agresif untuk melepaskan diri.Mangsa dengan bantuan pengawal keselamatan bertindak memeriksa kandungan telefon bimbit miliknya.Hasil pemeriksaan menemukan beberapa gambar dan video yang dipercayai mengandungi rakaman serupa, sekali gus menimbulkan kemungkinan perbuatan tersebut telah dilakukan lebih daripada sekali.Pihak kampus bersama polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti keseluruhan kejadian dan kemungkinan mangsa lain terlibat.Dalam perkembangan sama, pihak universiti memberi jaminan bahawa tindakan disiplin akan dikenakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa, selain memperkukuhkan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang. -Agensi