suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita guna taktik ramas kemaluan mangsa sebelum mencuri, lelaki rugi RM600 dompet tiba-tiba lesap

Suspek (tengah) meraba mangsa sebelum mengambil dompetnya tanpa disedari.

TAKTIK wanita menggoda dan mengajak seorang lelaki melakukan hubungan intim sebelum mencuri dompetnya berakhir dengan dia ditahan polis.

Suspek diberkas selepas perbuatannya itu terbongkar susulan laporan dibuat mangsa berhubung kehilangan dompet berisi wang tunai dan beberapa dokumen penting.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pontianak Timur, Indonesia manakala suspek berjaya ditahan di sebuah kampung pada Rabu lalu.

Menurut laporan dibuat, mangsa merupakan lelaki pertengahan usia itu sedang berteduh di hadapan sebuah rumah ketika hujan turun sebelum didatangi suspek.

Mangsa dikatakan cuba menolak ajakan ketika suspek menawarkan untuk melakukan hubungan intim tersebut.

Wanita itu kemudian cuba memujuk mangsa dengan meraba dan meramas alat sulit sebelum mengambil kesempatan mencuri dompet lelaki berkenaan secara senyap.

Mangsa dilaporkan kehilangan dompet yang mengandungi wang tunai sebanyak 3 juta rupiah (RM672) selain beberapa dokumen penting lain.

Ketua Polis Pontianak Timur, AKP Tarminto dalam kenyataan pada Sabtu berkata, siasatan segera dijalankan sebaik menerima laporan daripada mangsa sehingga membawa kepada penahanan suspek.

Menurutnya, ketika ditahan, sebahagian besar wang hasil curi dipercayai sudah dibelanjakan dan polis hanya menemukan baki tunai sebanyak 40,000 rupiah (sekitar RM8) sebagai barang bukti.

Suspek kini ditahan di Balai Polis Pontianak Timur bagi membantu siasatan lanjut serta berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. -Agensi

Artikel Lain