suria

“Saya sayang kamu kini, esok dan selamanya” - Dewi luah kata-kata cinta untuk Jofliam

Dewi selamat bergelar isteri kepada pempengaruh dan usahawan piza, Jofliam pada Sabtu.

SETELAH sah bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial Jofliam, wanita yang dikenali sebagai Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati, meluahkan kata-kata penuh romantis buat suaminya.

"Fiddunya wal akhirah. May you guide and protect me my dear Husband. I love you now, tomorrow and forever (Semoga kamu menjadi pembimbing dan melindungi saya, suami tersayang. Saya sayang kamu kini, esok dan selamanya)," tulisnya dengan mengakhiri ucapan tersebut beserta simbol infiniti, menerusi satu perkongsian di Instagram pada Sabtu. 

Hantaran yang dimuat naik oleh Dewi di Instagram pada Sabtu.

Bersama perkongsian berkenaan, Dewi memuat naik sekeping gambar romantis memaparkan dia bersama Jofliam di atas pelamin.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 10,000 likes dalam tempoh empat jam selepas dimuat naik.

Bagaimanapun, Dewi menutup ruangan komen pada perkongsian berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi kini milik Jofliam… Usahawan piza kahwin lagi lepas lebih 5 bulan menduda

Dalam pada itu, Jofliam atau Suhaimi menerusi satu hantaran di Instagram Story turut meluahkan rasa syukur selain meminta orang ramai mendoakan perkahwinannya itu. 

"Setiap perkahwinan yang dicari sakinah mawaddah. Doakan amanah kedua hingga ke syurga," tulisnya.

Difahamkan Dewi dan Jofliam selamat diijabkabul di kediaman milik usahawan pizza itu, namun tiada maklumat terperinci tentang hari bahagia mereka setakat ini.

Antara perkongsian Jofliam menerusi Instagram Story.

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh dan usahawan, Cik Epal.

Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 9 Oktober tahun lalu selepas hampir sedekad melayari perkahwinan. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia