suria

Wujud titi 'jelmaan' di Sungai Korok? Wanita dedah pernah kemalangan, pemandu tak nampak walau siang hari

Jalan di kawasan itu bukan sahaja gelap kerana tiada lampu, malah tidak berpenghadang.

NAMA Sungai Korok di Jitra, Kedah terus menjadi sebutan selepas enam sekeluarga ditemukan lemas dalam kereta dinaiki mereka pada Isnin.

Semakan mStar di media sosial mendapati beberapa individu termasuk penduduk setempat turut berkongsi pengalaman mereka memandu di sekitar sungai itu.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Siti Mariam, dia pernah patah paha dan betis kanan selepas terbabit kemalangan di Sungai Korok.

"Saya pernah kemalangan di jalan Sungai Korok 2018, dekat simpang jalan nak ke Paya Dudur. Saya naik motor dari Jitra, nak balik ke Sungai Korok.

"Sampai simpang tu, kereta arah depan nak belok ke Paya Dudur. Kereta terus belok, langgar, patah paha dan betis kanan saya. Kata pemandu kereta, dia tak nampak saya.

  • Enam sekeluarga lemas di Sungai Korok.
  • Wanita cedera parah pernah kemalangan di lokasi sama.
  • Wanita dakwa pemandu tak nampak dirinya.
  • Penduduk dakwa kawasan ‘keras’.
  • Pelayar TikTok dakwa wujud titi 'jelmaan' di Sungai Korok

"Sedangkan jalan lengang ketika itu, lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sekarang masih ada fobia lalu situ," tulisnya menerusi ruangan komen di TikTok.

Seorang lagi pelayar TiKTok dikenali sebagai BB turut mendakwa Sungai Korok sebagai kawasan yang 'keras'.

"Jalan ni memang 'keras', yang tahu je tahu. Saya dulu suka meronda pagi buta, nampak macam-macam tapi buat tak tahu je la. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan puji kemulian hati pasangan korban Sungai Korok, ikhlas berniaga roti canai murah - “Rasa goosebump tengok video”

"Tak pernah jadi kat diri sendiri tapi arwah tok wan pernah jatuh sungai sebab dia kata naik titi, tapi titi jelmaan," tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menggesa pihak berkaitan untuk memasang lampu serta penghadang di sepanjang jalan Sungai Korok untuk memastikan keselamatan pengguna.

Pada Isnin, sepasang suami isteri  ditemukan lemas bersama empat anak mereka dalam Proton Iswara di Sungai Korok.

Mangsa ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

 

Artikel Lain