suria

Pelajar kolej, teman lelaki dicekup berkhalwat di hotel... Tompokan darah ditemukan pada selimut

Pasangan bukan mahram dilarang berdua-duaan kerana dibimbangi membuka ruang kepada perbuatan yang tidak diingini. -Gambar hiasan

PERTEMUAN yang diatur selepas perkenalan menerusi media sosial, berakhir dengan insiden tangkapan khalwat selepas pasangan melibatkan seorang penuntut sebuah kolej dengan kenalan lelakinya diserbu di sebuah hotel di Segamat, Johor, malam Sabtu.

Serbuan dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira pukul 10.30 malam ketika menjalankan operasi pencegahan maksiat di sekitar daerah berkenaan.

Sebaik tiba di hotel terbabit, penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum dibuka oleh penuntut wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tunang ditangkap khalwat di rumah, ambil kesempatan berasmara ketika ibu balik kampung

"Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, wanita yang berpakaian lengkap itu cuba menutup semula pintu bilik, namun berjaya dihalang," menurut JAINJ menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurut JAINJ, pemeriksaan lanjut dalam bilik hotel terbabit menemukan seorang lelaki memakai seluar panjang dan kemeja T sedang duduk bersila di lantai.

"Ketika pemeriksaan, penguat kuasa menjumpai pakaian dalam wanita di atas kerusi, katil dalam keadaan bersepah. 

"Pemeriksaan lanjut menemukan satu kesan tompokan darah kering pada selimut, namun tidak diketahui puncanya dari mana," katanya lagi.

Hasil soal siasat, pasangan terbabit mengaku bukan suami isteri, dengan masing-masing masih bujang.

"Lelaki terbabit bekerja di Segamat, manakala wanita berkenaan masih belajar di sebuah kolej di negeri lain.

"Pasangan itu juga mengakui mereka tidak merancang untuk bernikah kerana baru sahaja mengenali," katanya lagi sambil menambah, JAINJ bertindak mengambil keterangan kedua-dua individu terbabit.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia