Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional seiring perletakan jawatan Pengerusinya, Tan Seri Muhyiddin Yassin.
TAN Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata beliau akan berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas lima tahun menerajui gabungan berkenaan sejak penubuhannya."Saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan berkuat kuasa 1 Januari 2026. "Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan atas sokongan sepanjang tempoh lima tahun saya memegang jawatan ini."Saya mendoakan yang terbaik buat kepimpinan Perikatan dan semua parti komponennya," katanya.Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri ke-8 itu akan kekal memegang jawatan sebagai Presiden Bersatu.Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengikut jejak Muhyiddin apabila turut melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelantikan jawatan berkenaan yang terletak di bawah bidang kuasa Pengerusi ketika itu."Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026."Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badfan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuat kuasa tarikh sama."Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasin," katanya menerusi kenyataan di media sosial.