suria

Remaja lelaki didakwa tikam pelajar perempuan dalam tandas sekolah layak dibicarakan

Kes jenayah di sekolah tidak seharusnya berlaku. -Gambar hiasan AI

PELAJAR lelaki berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan layak untuk dibicarakan, berdasarkan laporan psikiatri.

Peguamnya, Kitson Foong, memberitahu media bahawa perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Majistret semasa prosiding tertutup, yang kemudiannya membuat keputusan berkenaan pada Jumaat.

“Tertuduh didapati mampu untuk dibicarakan dan mengemukakan pembelaannya.

“Laporan psikiatri itu juga mengarahkan supaya tertuduh ditempatkan di sebuah pusat pemulihan di Puncak Alam yang digambarkan sebagai ‘penjara kanak-kanak’,” katanya.

Menurut Foong, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menghadiri sesi kaunseling dan terapi secara bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan maut ditikam pelajar junior di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar mangsa bunuh ditikam 200 kali dari leher turun ke paru-paru serta kaki

Majistret Amira Sariaty Zainal menetapkan 6 Februari untuk sebutan semula kes.

Pada 22 Oktober 2025, remaja itu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama.

Menurut kertas pertuduhan, remaja itu melakukan perbuatan tersebut di tandas perempuan sekolah berkenaan antara pukul 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah sebelum ini mengarahkan remaja itu menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Artikel Lain