ISTERI kepada Amirul Hafiz Omar yang maut dirempuh pemandu mabuk pada Ahad lalu berharap keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham suaminya.Terdahulu, Nur Nadia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.18 pagi Rabu di Mahkamah Majistret Klang. Ketika hadir bagi mengikuti prosiding pertuduhan di bangunan Mahkamah Klang, Nur Nadia Abdul Majid, 32, secara ringkas memberitahu dia mahu pelaku diberikan hukuman setimpal."Saya nak nyawa dibalas nyawa je... nyawa balas nyawa," ujarnya sayu kepada media.Terdahulu, suspek kes kemalangan maut membabitkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kejadian itu.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mangsa pemandu mabuk kongsi detik hadiahkan Amirul Hafiz motosikal... Arwah jalankan tanggungjawab tanpa mengeluhSuspek dibawa dalam keadaan bergari dengan kawalan ketat dan dijangka didakwa di hadapan Majistret A Karthiyayini.Lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang didapati positif alkohol dan dadah, ditahan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.Kesalahan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga 15 tahun, denda sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memandu sekurang-kurangnya 10 tahun.Ahad lalu, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk di Jalan Raya Barat di Klang, Selangor.Berdasarkan rakaman yang tular, kereta jenis Honda City dipandu laju memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang seorang lelaki.Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung tinggi dan terjatuh di atas bumbung sebuah kereta Perodua Myvi dalam kejadian sekitar 11.40 pagi.