BEKAS wartawan penyiaran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pada awal pagi Isnin.Menurut laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh. Mendiang dikenali ramai sewaktu berkhidmat di TV3 kerana memiliki gaya penyampaian sendiri dalam laporan berita berkaitan alam sekitar.Mendiang meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi di kediamannya di Klang, Selangor.Dilahirkan pada 1959, mendiang mula berkhidmat di TV3 pada tahun 1995 sebelum bersara pada 2014 akibat masalah kesihatan.Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian mendiang meninggalkan kesan mendalam terhadap dunia kewartawanan negara."Beliau sentiasa mewarnai penyampaian berita dengan gaya tersendiri. "Saya juga antara yang setia mengikuti laporan beliau dan amat menghargai dedikasi serta sumbangannya kepada dunia penyiaran," tulis Fahmi.