IBU kepada tiga anak kini mengukir senyuman selepas meraih keputusan memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun meninggalkan alam persekolahan sembilan tahun lalu.Ummul Afifah Husna Mansor, 24, dari Paka, Terengganu berkahwin seawal usia 14 tahun dan menamatkan persekolahan pada umur 15 tahun selepas melahirkan anak. Dia yang mendaftar sebagai calon SPM tahun lalu berjaya memperoleh keputusan 2A dan 4B, hasil persediaan kurang daripada empat bulan.Berkongsi kaedah pembelajarannya, isteri kepada individu dikenali sebagai Azri, 27 mengakui bergantung kepada kelas dalam talian dan bahan digital untuk mengulang kaji pelajaran dalam tempoh singkat.“Saya belajar subjek Sejarah dengan @tutorsarah, Matematik pula dengan @addmathskacang, yang ni saya tak masuk kelas, cuma beli video Along mengajar. Untuk subjek Bahasa Melayu saya ikut live daripada Ms Zack Kirana."Bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Agama Islam, saya hanya fokus kepada sinopsis dan cara menjawab soalan sebab semuanya saya belajar saat akhir," katanya menjawab pertanyaan netizen di TikTok miliknya @husnaa002.Ummul Afifah Husna berkongsi keputusan SPM 2025 yang diraihnya di media sosial -Gambar TikTokTambahnya, dia juga gunakan masa yang terhad untuk menjawab semua soalan percubaan SPM dari seluruh negeri termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara."Daripada situ saya buat ulang kaji, tengok apa kesalahan yang saya buat dan perbaiki teknik menjawab. Memang saya hafal teknik soalan. "Matematik saja yang kena betul-betul kuasai silibus kalau nak dapat A, yang lain saya sasarkan B. Bahasa Inggeris tu sebenarnya tak sangka dapat A," kata ibu kepada anak yang berusia empat, enam dan sembilan tahun.Dia mengakui turut mengunakan ChatGPT bagi membantu meningkatkan kualiti penulisan, khususnya dalam Bahasa Inggeris.Berrdasarkan perkongsian di TikTok, Ummul Afifah Husna pernah meraih keputusan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2014. Dia mengganggap perkahwinan awal itu satu anugerah kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya apabila bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun."Emak pula orang kurang upaya (OKU) jadi apabila berkahwin awal, saya dapat kurangkan beban mereka," katanya yang sedang menunggu tawaran pengajian ke peringkat lebih tinggi.Tambah Ummul Afifah Husna, perkongsian video pengalamannya di media sosial memberi impak besar apabila berjaya membantu lebih 30 individu yang tidak memiliki SPM untuk menyambung pelajaran.“Awak, hasil daripada video-video macam ni, saya dah bantu lebih 30 orang yang tiada SPM untuk sambung belajar. "Saya juga berjaya bagi semangat kepada pesakit kanser untuk sambung belajar semula, dan dia betul-betul teruskan,” katanya.Dia berkata demikian menjawab kritikan netizen yang memintanya tidak berkongsi kisah pengalaman berkahwin di usia muda di laman sosial.