RESTORAN popular Pagi Sore di Jakarta, Indonesia membuat permohonan maaf selepas menuduh sekumpulan pelancong dari Malaysia tidak membayar bil makanan mereka. Permohonan maaf itu dibuat selepas pihak restoran mengakui berlaku salah faham berhubung pembayaran bil yang sebenarnya sudah dijelaskan ketika kunjungan mereka pada 13 Mei lalu. Salah seorang mangsa, Norain Mohd Yunus memuat naik video berserta tangkap layar mesej permohonan maaf yang dihantar pihak pengurusan Pagi Sore cawangan Pantai Indah Kapuk (PIK) di Threads miliknya. “Kami dari pihak Restoran Pagi Sore menyampaikan permohonan maaf atas salah faham yang terjadi berkaitan pembayaran pengunjung yang makan di restoran kami."Kejadian tersebut terjadi kerana salah faham dan bukan disengajakan dari mana-mana pihak.“Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik," tulis individu mewakili restoran berkenaan.Rakaman CCTV menunjukkan Norain dan rakannya yang tular di media sosial. Cerita Norain menerusi perkongsian sama, dia bersama lima rakannya menikmati sembilan jenis lauk dengan jumlah keseluruhan bil sebanyak 907,500 Rupiah (RM203).Namun dia terkejut apabila sebaik kembali ke Jakarta dari Bandung pada Sabtu, pemandu pelancong mereka tiba-tiba bertanya tentang resit pembayaran di restoran tersebut.Pemandu pelancong itu memaklumkan pihak pengurusan restoran telah membuat hebahan mengenai mereka kerana didakwa tidak membayar selepas menjamu selera di premis berkenaan.Jelas Norain, mereka terkejut dengan tuduhan tersebut kerana bayaran telah dibuat menggunakan transaksi kad bank."Kami macam tak puas hati sebab memang bayar walaupun masa makan kami ada melawak cakap nak lari seorang demi seorang sebab nak suruh kawan yang seorang itu bayarkan."Bukan kami semua lari terus tak bayar. Masing-masing cari semula resit makan dekat Pagi Sore sebab tak pasti siapa kali terakhir pegang resit.“Sementara cari itu, kami screen shot bukti kami bayar guna kad bank dan bagi dekat travel agent."Biar dia bagi dulu bukti kami memang buat pembayaran. Lepas selongkar beg baru jumpa resit tu.Permohonan maaf dibuat pihak Restoran Pagi Sore berkenaan isu tersebut.“Bayangkan kalau bayar guna tunai dan resit tak jumpa, jadi memang tak ada bukti langsung," tulis wanita tersebut menjelaskan hal sebenar.Tambahnya, selepas semua bukti pembayaran diserahkan, pihak restoran akhirnya mengakui kesalahan kesalahan mereka.Menurutnya lagi, ejen pelancongan mereka turut meminta pihak restoran membuat permohonan maaf bagi membersihkan nama semua pihak terlibat."Ingat kami tak ada iman ke makan sampai tak nak bayar. Jadi darah daging tahu tak?“Lepas bagi bukti semua tu baru la pihak pengurusan Pagi Sore mengaku yang ada salah faham komunikasi."Persoalannya kenapa kami yang mereka jadikan sasaran? Macam mana mereka boleh tuduh macam tu je lepas tiga hari? Apa motif sebenar? Masih jadi tanda tanya dekat kami,” jelasnya.Norain memberitahu dia mungkin tidak akan kembali ke restoran berkenaan, namun menjelaskan perkongsian mengenai insiden itu hanya bertujuan memberi nasihat agar orang ramai menyimpan resit pembayaran terutama ketika melancong.