suria

“Dengar cerita dah jadi janda” - Pemuda puas hati dapat tahu nasib bekas GF tak bersyukur, anggap kifarah dosa silam

Hubungan jarak jauh sering diuji dengan kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN dikhianati dalam percintaan sering kali meninggalkan luka yang dalam.

Bagi seorang lelaki, kisah silamnya bersama bekas teman wanita bukan sahaja meninggalkan kenangan pahit, malah membentuk trauma yang masih membayangi hidupnyanya hingga kini.

Mengimbas kembali kisah tersebut, lelaki berkenaan berkata ketika itu dia menjalinkan hubungan jarak jauh dengan buah hatinya.

Kekecewaan yang dialami membuatkan seseorang hilang arah. -Gambar hiasan AI

"Saya pernah couple dan buat kerja yang saya rasa paling bodoh dalam hidup. Bekas kekasih pula jenis asyik nak dating saja. Saya tinggal di Shah Alam, dia menetap bersama keluarga dekat Muar, Johor.

"Punyalah gila... dalam seminggu, lima hari dating. Sabtu Ahad tu memang wajiblah. 

"Lepas kerja je terus pergi Muar, lepas tu habis dating balik. Pukul 2 hingga 3 pagi sampai rumah. Pagi tu sambung kerja lagi," kongsinya dalam satu luahan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi saksi di mahkamah, penyiasat upahan dedah kes kaum Hawa curang lebih banyak! Peguam syarie pun terkejut

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap... Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah

Menurut lelaki berkenaan lagi, dia langsung tidak keberatan atau berasa penat  berulang alik kira-kira 200 kilometer (km) hampir saban hari, disebabkan terlalu sayang.

"Selama dua tahun couple, dua tahun ulang alik Shah Alam-Muar. Hampir setiap hari. Padahal dating dua hingga tiga jam, makan sama lepas tu balik," kongsinya lagi.

Tanpa disangka, hubungan yang diharapkan berakhir hingga ke jenjang pelamin itu musnah di tengah jalan angkara wanita tersebut berlaku curang. 

  • Seorang lelaki sanggup berulang-alik dari Shah Alam ke Muar hampir setiap hari demi kekasih.

  • Hubungan selama dua tahun itu akhirnya berakhir apabila kekasihnya berlaku curang.

  • Pengalaman itu membuatkan dia trauma dan fobia untuk menjalinkan hubungan baharu, terutama dengan wanita dari negeri lain.

  • Dia mengakui terlalu banyak berkorban dalam cinta hingga rasa menyesal dengan tindakannya dahulu.

  • Luahannya mendapat sokongan netizen yang memberi kata semangat dan mendoakan jodoh yang lebih baik.

"Kita punyalah sayang, setia, sanggup berkorban. Akhirnya kita yang dikorbankan. Kalau nak cakap pasal habis wang ringgit, tak payah cakaplah.

"Sekarang dengar cerita dah jadi janda... laki dia curangkan dia. Padan muka," ujarnya lagi.

Namun begitu, apa yang pernah dialaminya itu cukup untuk membuatkan dia serik lebih-lebih lagi apabila mengenali wanita yang berasal dari negeri berbeza.

Sebahagian reaksi warga maya.

"Orang jauh-jauh yang nak kenal memang terus reject je. Rasa fobia tu sampai sekarang," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, warga maya melontarkan kata-kata semangat buat lelaki tersebut dan mendoakannya dipertemukan jodoh dengan pasangan yang baik.

"Usaha yang bersungguh. Semoga Allah bagi awak jodoh effort macam awak juga.

"Lepas ni kalau dapat awek baru, kena berpada. Tak payahlah terlalu banyak sangat memberi," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain