suria

“Perempuan seksi dibuat skandal, tak guna!” - Wanita bengang hadap lelaki hipokrit, curangi isteri solehah bertudung litup

Perbuatan curang meruntuhkan kepercayaan yang menjadi asas kepada sesebah hubungan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir lelaki yang memilih pasangan tanpa mengikut keinginan sebenar sehingga akhirnya mereka berlaku curang.

"Wahai lelaki, di tahun 2025 ni berhentilah memperisterikan perempuan yang bukan taste korang.

"Suka tengok perempuan seksi, pergilah cari (pasangan) yang macam tu.

Rumah tangga akan harmoni jika perkahwinan didirikan atas dasar sayang. -Gambar hiasan AI

Rumah tangga akan harmoni jika perkahwinan didirikan atas dasar sayang. -Gambar hiasan AI

"Janganlah cari perempuan yang bertutup litup kemudian jadikan isteri," ujarnya di Thread.

Bagi wanita ini, sikap dan tindakan lelaki seperti itu bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan memberi kesan kepada rumah tangga dan isteri.

Dakwanya, kebanyakan lelaki yang berkahwin tanpa mengikut cita rasa akan cenderung berlaku curang dengan pasangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘dijandakan’ lelaki pilihan hati ibu… Kantoi simpan video intim dalam WhatsApp! - “Aku percayakan mak bulat-bulat”

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman muda diminati ramai lelaki kaya, wanita pilih cinta berbanding wang... Kini bahagia bersuamikan pemuda biasa

"Kemudian korang buat curang pula dengan perempuan yang betul-betul menepati ciri-ciri impian,"  tambahnya lagi.

Pada pandangannya, perkahwinan akan lebih stabil sekiranya lelaki memilih pasangan berdasarkan kecenderungan mereka sendiri sejak awal.

  • Wanita kesal lelaki berkahwin dengan pasangan bukan “taste” mereka.
  • Lelaki cenderung curang jika pilih pasangan bertentangan cita rasa.
  • Perkahwinan lebih stabil jika ikut kecenderungan sejak awal.
  • Sesetengah lelaki pilih isteri “senang dikawal” demi imej.
  • Netizen kongsi pandangan dan pengalaman, menekankan keserasian prinsip/gaya hidup.

"Kenapa daripada awal tak berkahwin dengan perempuan yang diimpikan, jadi tak adalah banyak masalah di kemudian hari," jelasnya.

Hantarannya itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya yang turut berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan isu pasangan yang tidak serasi daripada segi prinsip dan gaya hidup.

Warga maya bersetuju dengan hantaran yang dibuatnya.

Warga maya bersetuju dengan hantaran yang dibuatnya.

Ada juga beranggapan tindakan lelaki tersebut demi menjaga imej mereka di mata masyarakat.

"Janganlah sebab mak ayah tak suka taste kau, kau memperjudikan nasib wanita lain. Berjuanglah dengan apa yang kau nak.

"Mereka kahwin dengan orang yang senang dikawal. Maklumlah wanita seksi ni high maintenance dan mampu untuk buat geli-geli sahaja.

"Isteri yang baik boleh bantu uruskan rumah tangga, anak-anak dan makan minum tanpa memeningkan kepala. Tapi perempuan seksi dia buat skandal, memang tak guna!" demikian reaksi netizen.

Artikel Lain