KEBANYAKAN isteri sanggup berkorban apa saja demi suami terutama ketika mereka dalam kesusahan.
Begitu juga wanita ini yang berkongsi kisah telefon suaminya rosak dan langsung tidak boleh dihidupkan.
Melihat suami gelisah tanpa peranti penting itu , dia nekad menjual cincin tunang yang sudah tidak muat dipakai demi membelikannya sebuah telefon baharu.
"Sudah dekat satu minggu telefon suami rosak. Mula-mula tak ada line (rangkaian internet). Sekali 'mampus' terus tak boleh dihidupkan semula.

Setiap individu pasti senang hati melihat pasangannya bahagia. -Gambar hiasan AI
"Seminggu juga dia tak pegang telefon. Bila saya tengah tengok video TikTok, dia mulalah menyendeng dekat sebab nak tengok sekali.
"Nak beli telefon baharu tapi dah sekian (mahal) harga. Sudahlah saya ni suri rumah 'berjaya' jadi saya cari balik cincin tunang dan ajaklah suami pergi jual," ujarnya.
Menurut wanita itu, cincin tunang berkenaan memang sudah tidak muat dipakai dan selepas menjualnya dia dapat membeli telefon bimbit untuk suami.
Namun dia tidak menyangka lelaki itu menangis atas motosikal kerana terlalu sayangkan cincin pertunangan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mungkir janji, suruh isteri buat ‘personal loan’ tapi tak bayar balik! Akhirnya terpaksa jual emas nak langsai hutang
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga TikTok tak berhati perut jual emas 0.002 gram pada harga RM30 seunit! Sekelip mata dapat RM15,000 segram
"Aku pun sayang juga tapi cincin tu dah tak muat. Bila tengah sesak macam ni tak apa, jual je la. Aku cakap dekat suami doa je la nanti ada rezeki lebih.
"Mana tahu lagi besar dari cincin tu kita boleh beli. Bila dah beli telefon tu, tak habis-habis cakap terima kasih. Aku bukan macam tu, sebab ye la cincin tu dulu pun (dibeli) dari hasil kerja keras dia.
"Doa-doa semoga sentiasa dilimpahi lagi rezeki berlipat kali ganda," ujarnya lagi dalam hantaran tersebut.
Selepas hantaran itu dibuat, ramai netizen mendoakan wanita ini yang sanggup berkorban apabila mengetahui suami berada dalam situasi sukar.
- Wanita jual cincin tunang yang tak muat untuk beli telefon baharu suami.
- Suami hampir seminggu tanpa telefon selepas peranti rosak terus.
- Dia tak sangka suami menangis kerana terlalu sayangkan cincin itu.
- Wanita itu ikhlas berkorban kerana cincin itu dulu hasil kerja keras suami.
- Netizen mendoakan dan berkongsi pengalaman terpaksa jual emas demi keluarga.
"Semoga kau dan suami makin kaya kak dan aku doakan bila kalian kaya nanti tetap tak berubah perangai.
"Patutnya jangan jual, pergi pajak dekat Ar-rahnu Bank Rakyat. Nanti boleh ambil balik. Bayar sikit-sikit.
"Baru-baru ni saya jual emas sebab nak tolong suami bayar duit muka kereta. Suami tak minta tapi kita tolong, siap cakap lain kali ganti lain pun boleh.
"Yang dah lalui je tahu macam mana perasaan bila kena gadai barang kemas yang ada sentimental value. Nak buat macam mana, hidup ni keras," komen beberapa netizen.


