suria

Kakak ipar 'makan' penampar sebab buat anak buah macam zuriat sendiri - "Aku belum mati lagi"

Ipar sepatutnya tahu menjaga batas dan hak agar tidak menjadi punca perselisihan faham. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berdepan detik tegang bersama kakak iparnya apabila berlaku pertengkaran sesama mereka berpunca daripada isu penjagaan anak.

Menurutnya, konflik memuncak apabila dia meminta anak kandungnya dengan baik, namun kakak ipar memberi respons yang dianggap tidak beradab dan nekad untuk tidak menyerahkan kanak-kanak itu.

Tersentak dengan reaksi kakak ipar, wanita berkenaan mempersoalkan kedudukannya sebagai ibu kandung sebelum hilang sabar lalu menampar mulut iparnya.

"Aku lempang mulut kakak ipar malam tadi (Khamis). Aku minta anak aku elok-elok. Dia boleh 'bantai' cakap ini anak adik saya.

Konflik dalam keluarga adalah perkara biasa justeru ia perlu ditangani secara rasional. -Gambar hiasan AI

"Jadi aku jawab, aku ni siapa? Kenapa tak boleh ambil anak sendiri. Dalam masa sama, tangan aku ringan hinggap dekat mulut dia," imbas wanita itu.

Tambah wanita itu lagi, sejak anaknya masih bayi dia menahan sabar dengan sikap kakak ipar sehinggalah dia melepaskan semua kemarahan pada malam kejadian.

Bercerita lanjut, katanya, selama ini kakak ipar memperlakukan anaknya sesuka hati termasuklah membawa kanak-kanak itu ke mana saja dan menciumnya tanpa meminta izin. 

"Selama ni aku sabar sampailah semalam aku meletup. Aku belum mati lagi tapi kenapa dia buat anak aku macam anak dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk... Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan lempang suami orang, tuduh curi-curi pandang waktu makan angin tepi pantai di Terengganu

"Dari sejak dilahirkan lagi saya tengok, dia main cium dan bawa anak aku ke tempat orang ramai tapi saya sabar.

"Tak pernah minta kebenaran dengan saya. Tapi bukan ini saja puncanya," jelasnya lagi.

Namun selepas insiden itu, keadaan menjadi lebih buruk apabila dua lagi ipar bersama suaminya sendiri didakwa datang menyerangnya. 

Dia turut mendakwa dirinya dimaki sehingga suami sanggup menyebut tentang perpisahan gara-gara kakaknya dilempang.

"Lepas kejadian tampar tu, dua kakak ipar serang saya termasuk suami. Macam-macam makian saya terima.

  • Pertengkaran tercetus antara seorang wanita dengan kakak ipar yang cuba 'membolot' anaknya.
  • Wanita itu menampar ipar kerana dakwa anaknya sering diambil sesuka hati dan dicium tanpa izin sejak bayi.
  • Dia dakwa kakak ipar bertindak seolah-olah anak itu miliknya.
  • Dua ipar dan suami kemudian menyerangnya hingga suami sebut soal cerai.
  • Netizen sokong wanita itu dan saran buat laporan polis serta tuntutan hak penjagaan anak.

"Suami cakap cerai pun ya juga sedangkan selama ni saya bersabar lama dah," katanya lagi.

Netizen rata-rata berpihak kepada wanita itu dan menasihatkannya agar menjaga keselamatan diri serta hak sebagai ibu.

"Elok sangatlah awak. Tinggalkan keluarga mentua perangai macam tu. Baik tak ada suami dari lelaki (suami) yang 'back up' ipar.

"Pergi buat laporan polis. Rumah tangga tu kalau dah ikut ipar ni memang terus jahanam," komen beberapa netizen.

Artikel Lain