SETIAP anak tentunya akan cuba memastikan ibu tersayang meniti hari-hari senja dengan rasa bahagia terutamanya selepas kehilangan pasangan.
Namun menurut seorang wanita, perasaan ibunya kini semakin sensitif dan mudah terasa lebih-lebih lagi ketika anak sulung kesayangannya mendirikan rumah tangga.
"Ibu tinggal dengan kakak selama 35 tahun. Tapi selepas kakak kahwin... ibu macam sikit-sikit nak terasa kalau kakak tak bawa dia pergi mana-mana atau kenduri.

Seorang ibu pastinya merindui anak-anak yang sudah tinggal berjauhan. -Gambar hiasan AI
"Kesian mak saya sebab dia sayang sangat dengan anak pertama dia tu. Kami yang lain okey je sebab mak memang bekerja keras nak besarkan anak-anak semua," luahnya di Thread.
Tambah wanita itu, dia yakin perasaan mudah terasa ibunya didorong oleh rasa sunyi yang membuak-buak.
Maklumlah, anak-anak semuanya sudah besar dan membawa haluan masing-masing.
"Perasaan tu valid untuk diri dia. Sekarang aku nak carikan jodoh untuk mak sebab dah lapan tahun dia menjanda. Ayah saya dah dua kali berkahwin semula," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri kejutan ketika sambutan ‘birthday’ mak, buat pengakuan nak poligami! Jatuh cinta janda TikTok mengaku pegawai bank
ARTIKEL BERKAITAN: Dua tiga hari sekali mak janda hujung lorong hantar makanan kegemaran suami... Wanita tak sangka rupanya berjiran dengan madu!
Disebabkan itu, wanita tersebut secara berseloroh membuka peluang jika ada duda atau lelaki bujang yang mahu berkenalan dengan ibunya.
"Mungkin mak saya sunyi. Kami dah bawa dia bercuti selalu dah. Tapi dia sunyi. Saya rasa dia memang sunyi tak ada pasangan. Lagi-lagi apabila berusia.
"Nak harapkan anak teman dia setiap masa pun tak mampu. Jadi marilah, ada yang bujang nak berkenalan dengan mak saya ke?" katanya.
Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan hajat wanita itu termasuklah seorang individu ini yang berkongsi pendapat dan pengalamnya sendiri.
- Seorang wanita risau ibunya semakin sunyi sejak kakak yang tinggal bersama 35 tahun berkahwin.
- Si ibu mudah terasa jika tidak diajak keluar atau ke majlis.
- Anak itu berseloroh mahu carikan jodoh untuk ibunya yang sudah lapan tahun menjanda.
- Netizen menasihatkan ibu hanya perlukan hobi dan kawan, bukan suami baharu.
- Katanya, kahwin semula hanya wajar jika si ibu sendiri yang benar-benar mahu.
"Dia perlukan hobi dan sekumpulan kawan, bukannya seorang suami. Ia berdasarkan apa mak saya cakap sebagai balu selama 20 tahun.
"Dia tak nak dah berkahwin sebab penat jaga suami. Masuk akal juga sebab berpuluh tahun dia jaga makan minum dengan baik.
"Sekarang dia dah berumur jadi nak berehat. Saya tak nak cadangkan untuk mak awak kahwin melainkan dia sendiri yang nak," komen seorang netizen.


