SEORANG ibu mempertikaikan proses pemilihan murid bagi menyertai aktiviti dan program anjuran sekolah yang dikatakan asyik disertai 'wajah sama'.
Dia mendakwa, anak guru paling ramai menyertai aktiviti di sekolah berbanding murid-murid lain.
Menurut wanita itu, perkara ini dibangkitkan bukan kerana cemburu tetapi berasa tidak adil jika murid lain yang juga layak atau berbakat tidak diberikan peluang.
Setiap pelajar mempunyai bakatnya yang tersendiri. -Gambar hiasan AI
"Untung anak cikgu ni, maknya mengajar di sekolah yang sama. Setiap aktiviti sekolah anaknya mesti terlibat, tiap tahun pula tu.
"Tak dengki tapi memang kena muka sama ke? Beri la peluang dekat murid lain," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu junior menangis setiap hari, penat pikul beban kerja senior gred tinggi tapi buta IT! - “Saya kena urus semua sistem data murid”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minat tengok awak... muka comel” - Cikgu dedah mesej gatal bapa murid, nak berkenalan walau diberitahu sudah bersuami
Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika anak-anak guru menyertai pelbagai program, namun tertanya-tanya mengapa maklumat mengenai pemilihan tidak diberitahu kepada ibu bapa.
“Kenapa kami tak dapat info pun pasal pemilihan? Tiba-tiba tengok gambar, dah menang. Anak-anak lain ni tak layak ke? Kalau sekolah menengah lain cerita.
"Ini sekolah rendah, patutnya ada peluang untuk semua,” katanya.
Dia menegaskan bahawa murid sekolah rendah masih memerlukan dorongan ibu bapa untuk berani mencuba sesuatu yang baharu, tetapi ia hanya boleh dilakukan jika maklumat disampaikan dengan jelas.
- Ibu dakwa aktiviti sekolah sering melibatkan murid yang sama, terutama anak guru.
- Katanya, pemilihan tidak telus kerana ibu bapa lain tidak dimaklumkan tentang proram atau aktiviti.
- Dia mahu peluang diberikan kepada semua murid, bukan kumpulan tertentu.
- Ibu itu menegaskan murid sekolah rendah perlu diberi ruang mencuba aktiviti baharu.
- Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada menyokong dan ada tidak.
“Sekolah rendah, kita masih boleh 'push' anak untuk 'join'. 'At least' ada momen untuk semangat masa depan. Tapi kalau info tak sampai, macam mana nak suruh anak cuba?" katanya.
Dia turut membandingkan pengalaman dirinya di sekolah lama anak, di mana setiap pemilihan diumumkan dalam kumpulan WhatsApp kelas atau sekolah.
“Di sekolah lama, semua pemilihan dimaklumkan dalam grup. Sesiapa nak 'join', boleh cuba. Dah cuba baru tahu layak atau tak," katanya.
Sementara itu perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada menyokong dan ada juga sebaliknya.
"Sekolah anak saya pun begitu. Balik-balik orang yang sama naik pentas.
"Tak habis-habis burukkan cikgu, kalau anak tu memang berbakat 'campak'lah kat mana pun memang orang nampak.
"Masih ada ya 'trend' murid kegemaran walaupun kaki lembik tak reti sepak bola," antara komen netizen.


