suria

Wanita insaf lihat jenazah 150 kg dibawa turun ke liang lahad guna jengkaut - “10 orang angkat tak lepas”

Pengunaan jengkaut diperlukan bagi urusan tertentu di tanah perkuburan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berkongsi kisah menginsafkan ketika dia melihat kesukaran penduduk menguruskan mayat lelaki di kampungnya.

Katanya, lelaki itu meninggal dunia akibat strok yang dipercayai berpunca daripada masalah obesiti dan hipertensi.

Menurutnya, arwah yang dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram (kg) menyebabkan jenazahnya sukar untuk diuruskan.

Amalan gaya hidup sihat baik untuk kesihatan. -Gambar hiasan AIAmalan gaya hidup sihat baik untuk kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Orang kampung aku meninggal, berat dia 150 kg. Masa nak masukkan ke liang lahad, 10 orang angkat tak lepas.

"Jadi ahli keluarga dapatkan bantuan jengkaut untuk menurunkan jenazah dengan selamat ke liang lahad," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hibanya urus jenazah pesakit HIV, guna banyak kapas elak air kudis kena kain kapan... Keluarga tak ziarah, rakan tengok dari jauh

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba ‘unlock’ telefon rakan baru meninggal guna Face ID... Pemuda kongsi kisah buka mata jenazah, halakan iPhone depan muka

Katanya, walaupun menggunakan jengkaut proses menurunkan jenazah tidak mudah.

“Jengkaut digunakan dengan mengikat tali pada bahagian lengannya sebelum jenazah diturunkan perlahan-lahan.

"Kejadian itu menjadi bualan penduduk sehingga hari ini,” kata wanita itu.

  • Jenazah lelaki 150kg sukar diuruskan sehingga penduduk terpaksa menggunakan jengkaut.
  • Arwah meninggal akibat strok dipercayai berpunca daripada obesiti dan hipertensi.
  • Sepuluh orang gagal mengangkat jenazah ke liang lahad.
  • Jengkaut digunakan dengan mengikat tali sebelum jenazah diturunkan perlahan-lahan.
  • Insiden cetus kesedaran tentang kepentingan menjaga berat badan dan kesihatan.

Katanya, insiden tersebut mengingatkan orang ramai tentang pentingnya menjaga kesihatan, terutama apabila peningkatan berat badan mula memberi kesan kepada tubuh.

"Marilah kita diet sebab saya pun dah mula sakit apabila berat naik," katanya.

Sementara itu, netizen menyokong pandangan wanita tersebut kerana obesiti akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan.

"Jangan la bangga apabila badan kita gemuk. Salah satunya ni la. Apabila kita meninggal nanti, tak nak la menyusahkan orang lain.

"Sebab tu aku anti orang gemuk, mereka bawa musibah kat orang lain dan diri sendiri," komen netizen.

Artikel Lain