suria

Nak cerai lepas jumpa foto suami pegang tangan awek lain... Tapi dilema sebab gempal, simpanan 'ciput' - "Dulu saya cantik"

Setiap isteri pasti trauma selepas mengetahui suami curang. -Gambar hiasan AI

HANCUR luluh hati wanita ini apabila mengetahui suaminya tidak jujur dalam berkata-kata selepas kecurangannya terbongkar.

Menerusi hantaran yang dibuat di Threads, dia berkata suaminya mengaku tidak setia apabila pernah sekali keluar dengan perempuan lain dan selebihnya sekadar bersembang biasa. 

"Kami berbaik semula disebabkan dia cakap pernah jumpa wanita itu sekali je dan berbual biasa-biasa. Selepas saya bagi peluang, kami sudah berbaik. 

Apabila berkahwin, elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menghakis kepercayaan pasangan. -Gambar hiasan AI

"Lepas sudah berbaik, tiba-tiba bila saya main telefon suami, ada gambar mereka sebenarnya dah jumpa berkali-kali. Saya jumpa gambar lama naik (terpapar pada skrin) semula.

"Hati ni hancur untuk kali kedua. Walaupun dia berubah, saya ada jumpa gambar suami saya pegang tangan perempuan itu," luah wanita tersebut.

Paling menyakitkan, dia kini mengakui sudah tidak mengenali diri suaminya walaupun telah 10 tahun bercinta dan sepanjang tempoh itu tidak pernah curang.

Walaupun mahu berpisah, dia buntu apabila memikirkan anak yang masih kecil, serta status dirinya yang tidak bekerja dan wang simpanan yang tidak mencukupi untuk memulakan hidup baharu.

"Perasaan saya bercampur baur. Anak-anak kecil lagi dan saya pun suri rumah. Simpanan sangat 'nipis' sejak berhenti berniaga disebabkan ada anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikah

Bercerita lanjut, katanya, selepas kejadian pertama dahulu mereka berdua membuat perjanjian bahawa gaji suami dipegang olehnya sebagai langkah memulihkan semula kepercayaan.

Menjawab saranan warganet yang memintanya meninggalkan suami dan mencari lelaki lain sebagai pasangan hidup, wanita ini berkata dia kini kurang yakin dengan penampilan sendiri kerana mengalami masalah berat badan.

"Dulu saya ni cantik. Tapi lepas kahwin terus berat sampai 73kg tak nak turun-turun. Tunggu sekejap lagi nak glow up. Nak curang balik sekarang takut tak ada yang mahu," ujarnya berseloroh.

  • Sudah beri peluang kedua kepada suami curang, isteri sekali lagi jumpa bukti suami tak jujur.
  • Kepercayaan yang cuba dibina semula runtuh apabila melihat gambar suami dan 'kekasih' yang rupanya sudah keluar bersama berkali-kali.
  • Hati hancur kali kedua melihat gambar-gambar tersebut.
  • Dia akui berat badan bertambah sejak tidak bekerja dan menguruskan rumah tangga.
  • Lebih 10 tahun setia, satu pengkhianatan meruntuhkan seluruh kepercayaan.

Di ruangan komen, ramai warga maya memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini serta nasihat positif untuk dia memulakan kehidupan baharu sekiranya memilih penceraian.

"Cari kerja kak. Lelaki suka cari kesempatan dekat isteri yang tak bekerja sebab dia rasa bini bergantung dekat suami. Lagi satu kalau dia curang, sampai dah tahap bersama lebih baik berpisah.

"Kalau teruskan pun benda ni dah menghantui. Kalau dia berubah pun sekejap je sis. Dua tiga tahun kemudian dia buat lagi. Entahlah, kalau hati kering boleh la teruskan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!