suria

Suami ‘menangkan’ kawan, tergamak tinggal isteri sakit sendirian di rumah... Paling zalim bagi RM50 untuk belanja 4 hari

Seorang suami bertanggungjawab menjaga kebajikan isteri. -Gambar hiasan AI

KEADAAN kesihatan yang tidak begitu baik membuatkan seorang wanita berasa terkilan apabila suaminya memilih untuk pulang ke kampung dan meninggalkan dia seorang diri di rumah.

Lebih menyedihkan apabila dia dimaklumkan tujuan si suami pulang ke kampung adalah untuk membantu rakannya.

"Suami balik kampung dalam keadaan saya sakit. Tinggal saya seorang dalam rumah ni... kaki sakit nak jalan pun susah.

Suami perlu mendahulukan isteri yang sakit berbanding orang luar. -Gambar hiasan AI

"Dia balik sebab nak tolong kawan. Saya terfikir nak halang tapi takut bergaduh. Tapi saya ada cakap susahnya saya nanti tak ada siapa yang tolong.

"Saya ingatkan dia akan batalkan balik kampung tapi tetap pada pendirian dia," kongsinya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah wanita itu, dia juga kecewa kerana suaminya langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab sepanjang empat hari lelaki tersebut berada di kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cuba-cuba kalau tak kuat!” - Bekas isteri kedua dedah derita 6 tahun bermadu, mudah meroyan dan tamak menguasai diri

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun abai isteri, suami kaki judi menyesal tak sudah baca luahan hati arwah di media sosial... Harap dapat bertemu di syurga

"Saya tak kerja. Dia bagi RM50 untuk saya gunakan selama dia berada di kampung. Saya mesej dia yang duit dah habis.

"Saya minta dia transfer sikit tapi jawapan dia, tak ada duit. Saya sangat terkilan dengan keadaan sekarang.

"Macam-macam saya fikir... dalam keadaan macam ni pun masih memilih kawan. Saya rasa nak balik juga rumah mak. Patut ke saya keluar rumah," luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan wanita berkenaan supaya mendapatkan bantuan ahli keluarga demi keselamatannya.

  • Isteri sakit kaki ditinggal sendirian, suami pulang kampung bantu kawan.
  • Tinggal RM50 untuk 4 hari, wanita terkilan suami pilih kawan ketika dia sakit.
  • Wanita buntu tinggal sendirian ketika sakit, suami pulang kampung bantu rakan.
  • Duit habis, minta suami transfer tapi jawab tiada duit.
  • Rasa terabai ketika sakit, pengadu berhasrat pulang ke rumah ibu bapa.

"Kemas baju dan balik rumah mak ayah sis. Pedulikan suami yang tak ada tanggungjawab macam tu, fikir diri sendiri dulu, lagi pun awak dalam situasi darurat.

"Minta izin cakap nak balik rumah mak. Suruh famili datang kalau dekat. Bahaya awak seorang diri, lagi pun nak belanja duit tak cukup.

"Balik saja ke rumah orang tua daripada bahaya sendirian. Dia boleh tinggal dengan kawan dia kut dan minta tolong kawan tu jika ada kesulitan nanti," ujar beberapa netizen lain.

Artikel Lain