suria

“Rumah kotor, budak mandi dalam kolah” - Wanita seram sejuk beraya kampung suami di Kelantan, bimbang dicop biadab tidur hotel

Wanita yang memiliki anak kecil amat menitikberatkan soal kebersihan. -Gambar hiasan AI

MENJELANG Aidilfitri yang bakal tiba, bukan kegembiraan yang dirasai oleh seorang wanita ini, sebaliknya tekanan apabila perancangan untuk pulang beraya menjadi konflik dengan mentua.

Menurut wanita itu, mengikut perancangan awal dia akan menyambut hari raya di kampung halamannya terlebih dahulu sebelum bergerak ke Perak menziarahi keluarga sebelah suami.

Namun perancangan itu berubah apabila ibu mentuanya meminta mereka pulang ke Kelantan terlebih dahulu untuk menziarahi datuk suaminya.

Bagi pengadu ia adalah satu cadangan yang kurang dipersetujuinya.

Jelasnya, dia kurang gemar pulang ke Kelantan kerana keadaan rumah datuk suaminya yang kotor, sekali gus membuatkan dia berasa tidak selesa.

Menantu sering berdepan masalah bila bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

Menantu sering berdepan masalah apabila bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

Selain itu, wanita berkenaan mendakwa dia tidak gemar bermalam di rumah tersebut kerana keadaannya yang terlalu sesak dengan saudara-mara lain.

"Aku kena paksa tidur dalam bilik datuk dia, habis badan anak aku kena gigit nyamuk.

"Adik-beradik dia ada lapan orang tak termasuk saudara-mara yang lain. Sudahlah rumah pun tak pernah terurus dan kotor. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cadang suami isteri berkorban, minta tidur berasingan apabila beraya di kampung... Harap berlapang dada soal aurat!

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu

"Bayangkan lampin pakai buang dibiarkan macam itu sahaja, bilik air berkolah dan anak-anak merka mandi dalam kolah itu," jelasnya.

Lebih membuatkan tekaknya kembang, air di dalam kolah berkenaan tidak diganti walaupun selepas kanak-kanak itu mandi di dalamnya.

Disebabkan faktor itu, wanita tersebut bercadang menginap di hotel berhampiran dan menziarah keluarga pada waktu siang namun bimbang tindakan tidak menghormati keluarga mentua.

  • Wanita stres apabila rancangan balik raya berubah selepas diminta bermalam di rumah datuk suami.
  • Dia tidak selesa dengan rumah sesak dan isu kebersihan kolah yang digunakan ramai.
  • Wanita bimbang kesihatan anak kecil selepas bermalam di sana.
  • Dia mencadangkan tidur hotel demi keselesaan diri dan anak.
  • Netizen menyarankan utamakan kesihatan berbanding menjaga hati.

"Salah ke kalau aku tidur hotel? Aku datang la awal-awal pagi rumah datuk dia. Mak bapa mentua pun tak fikir aku ini nak menyusu anak pun susah," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita itu menginap sahaja di hotel demi keselesaan tanpa perlu bimbang perasaan orang lain.

"Tempah hotel daripada tidur ramai-ramai dekat tempat kotor, kemudian jadi tak selesa nak beraya.

"Bincang dengan suami, awak ada anak yang masih menyusu. Tempah hotel cepat sebelum penuh," antara komen netizen.

Artikel Lain