Tetamu disaran agar tidak membazir dalam mengambil juadah ketika majlis rumah terbuka. -Gambar hiasan AI
KEMERIAHAN Aidilfitri tahun ini terus diserikan dengan penganjuran rumah terbuka yang menjadi medan utama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.Namun, di sebebalik kemeriahan itu timbul perkongsian 'panas' mengenai perbezaan sikap segelintir tetamu yang hadir memenuhi undangan. Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya ketika memenuhi jemputan, individu daripada golongan berpendapatan tinggi (T20) lazimnya hadir sekadar memenuhi undangan.Orang ramai disaran mengawal pemakanan ketika rumah terbuka bagi menjaga kesihatan. -Gambar hiasan AI"Kalau tetamu yang datang tu adalah T20, kau akan tengok mereka ambil makanan sekadar cukup atau hadir hanya untuk memenuhi undangan."Tapi kalau yang datang tu golongan berpendapatan rendah (B40), kau akan tengok situasi lain. Aku tak nak tulis tapi anda sendiri tahu," kongsinya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: “Mak seronok, tapi kami anak-anak? - Lelaki kongsi rutin sambut raya, rumah diserbu ratusan bekas pelajar ibuARTIKEL BERKAITAN: Anda sedang rancang majlis rumah terbuka? Cuba semak 8 elemen ini, bab tandas jangan di buat mainDia mendakwa situasi berbeza dapat dilihat membabitkan tetamu B40 yang mengambil makanan dalam kuantiti banyak sehingga melebihi keperluan."Contohnya sate... kalau boleh nak ambil sampai 100 cucuk untuk dia seorang dan keturunan dia sekali. Siap untuk nenek dia dalam kubur," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut."Saya daripada kelompok B40. Saya akui perkara itu. Tapi saya dan keluarga selalu bersikap sederhana. Ambil sekadar perlu."Kasihan juga dekat mereka. Biar la mereka makan dan ambil banyak pun. Kadang tuan rumah lebih suka jenis tetamu yang macam ni," katanya.Lelaki kongsi pemerhatian tentang sikap tetamu di rumah terbuka Aidilfitri.Dia mendakwa tetamu T20 ambil makanan sekadar perlu berbanding sebahagian B40.Perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.Ada bersetuju, manakala ada menolak pandangan tersebut.Netizen ingatkan adab dan kesederhanaan perlu dijaga tanpa mengira status.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, ada juga warga maya berpandangan sebaliknya dengan mendakwa golongan T20 juga ada ketikanya dilihat mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak."Ada keluarga T20 minta ayam panggang seekor untuk meja dia, lepas tu tapau apam balik."Tapi B40 pula segan nak ambil banyak makanan, sebab malu takut kena hukum dengan T20. Kasihan mereka," katanya.