suria

Rajin mengaji, solat tak tinggal tapi mulut jahat... Anak terluka ibu jaja aib sampai saudara-mara pandang ‘semacam’

Anak-anak perlu sentiasa mendoakan ibu mereka ke arah kebaikan. -Gambar hiasan AI

SEBAGAI seorang anak tidak mudah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, apatah lagi apabila melibatkan ibu kandung. 

Menurut seorang wanita, dia berdepan dilema apabila mendakwa sudah beberapa kali menjadi mangsa sikap buruk sendiri.

Apa lebih mengecewakan, pada luaran ibunya itu disifatkan sebagai seorang yang taat kepada agama namun suka mengumpat dan memfitnah anak-anak sendiri. 

"Mak saya solat tak tinggal, selalu baca al-Quran, baik dan rajin memasak serta buat apa saja untuk anak-anak.

Ibu tak sepatutnya dipinggirkan walaupun kadang-kala sikapnya menyakitkan hati anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Tapi hairan, dia selalu mengumpat, mengata orang, selalu buruk sangka dan memfitnah. 

"Dia pergi rumah orang, dia suka buka aib anak-anak sendiri. Kalau dia pergi rumah adik-beradik yang lain, dia akan burukkan saya. Kalau dengan saya, dia burukkan adik, abang dan kakak pula. 

"Dia pernah lagakan kami adik-beradik. Tapi kami adik-beradik dah tahu dia jenis macam itu. Kami tak terfikir pun nak buang dia atau jadi anak derhaka," kongsinya.

  • Wanita dakwa ibunya suka tabur fitnah tentang anak-anak sendiri.
  • Perbuatan itu menyebabkan dia dan adik beradiknya dipandang serong.
  • Wanita itu terluka kerana sudah beberapa kali diburukkan oleh ibunya.
  • Netizen pesan agar wanita itu tak putus doakan ibunya berubah.

Menurut wanita itu lagi, fitnah disebarkan ibunya turut menyebabkan mereka adik-beradik sering dipandang serong oleh saudara-mara.

"Makcik dan pakcik selalu sangka kami tak peduli dan tak jaga mak. Padahal dia shopping online hari-hari dengan duit anak-anak bagi setiap bulan. Mak pun tak perlu bayar bil atau komitmen.

"Terlalu banyak fitnah yang dia buat. Kadang saya menangis geram. Nak bersuara dan tegur, tapi nanti dia akan menangis dan play victim. Saya tak nak derhaka, tapi saya sedih," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuit sikit, suasana jadi awkward” - Wanita tanggung malu ibu tunjuk perangai ‘diva’, siap sindir bakal besan ziarah raya

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘buang’ anak secara halus, 12 hari hilangkan diri tanpa khabar... Tindakan pengasuh ini agak luar jangka

Hantaran di aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

"Semoga satu masa mak awak akan sedar. Doakan agar Allah buka pintu hati dia ke arah lebih baik.

"Memang ada perangai orang tua macam ni. Mungkin dia nyanyuk atau dahagakan perhatian.

"Maaflah nak cakap, mak awak ni narsisistik. Orang macam ni memang susah nak berubah," tulis netizen.

Artikel Lain