suria

Wanita sedia hadiah Hari Guru macam hantaran, siap ada barang kemas! Ramai kurang senang, bimbang timbul isu pilih kasih di sekolah

Pemberian hadiah mewah kepada guru-guru mula dinormalisasikan segelintir individu. -Gambar hiasan AI

PEMBERIAN hadiah daripada seorang murid kepada cikgu sempena sambutan Hari Guru sememangnya satu amalan yang murni. 

Bukan sekadar tradisi tahunan, malah ia menjadi simbolik tanda penghargaan yang tidak terhingga atas segala didikan, pengorbanan dan tunjuk ajar dicurahkan demi masa depan anak bangsa.

Namun, sejak kebelakangan ini, hadiah diberikan bukan lagi daripada 'usaha keras' murid sebaliknya adalah tajaan ibu bapa.

Maka tidak hairanlah ada guru yang menerima hadiah mewah dan bernilai ratusan ringgit.

Segelintir guru gemar menunjukkan hadiah yang diterima kepada umum. -Gambar hiasan AI

Segelintir guru gemar menunjukkan hadiah yang diterima kepada umum. -Gambar hiasan AI

Turut melakukan perkara sama, seorang wanita berkongsi beberapa hadiah yang dikhaskan untuk guru yang mengajar anaknya.

"Selepas sebulan prepare, akhirnya kita beri pada cikgu-cikgu, lima orang cikgu perempuan dapat aksesori emas... untuk guru besar, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan akademik dapat aksesori emas tapi dari kedai berbeza.

"Bagi guru lelaki pula, kita bagi topi dari jenama popular masa kini, semua kita dekorasi macam hantaran," ujarnya di Threads.

Baginya, pemberian hadiah yang dianggap tidak seberapa itu adalah sebagai penghargaan atas jasa guru berkenaan.

  • Wanita kongsi hadiah mewah sempena Hari Guru untuk guru anaknya di media sosial.
  • Antara hadiah diberi termasuk aksesori emas dan topi jenama popular.
  • Katanya, pemberian itu sebagai tanda penghargaan atas jasa guru.
  • Namun netizen dakwa perkongsian tersebut seperti menunjuk-nunjuk dan tidak wajar dinormalisasikan.
  • Ada yang bimbang budaya itu buat ibu bapa kurang mampu rasa rendah diri.

Malangnya, perkongsian ikhlas itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir warga maya sehingga dia dituduh ingin menunjuk-nunjuk.

Menerusi komen balas, pengguna Threads berkenaan turut menyelar tindakan ibu terbabit dan menyifatkan perkongsian berkenaan sebagai satu budaya tidak sepatutnya dinormalisasikan.

"Hate to say this... tolong jangan normalisasikan budaya 'bragging' (menunjuk-nunjuk) macam ni. 

"Hari Guru adalah untuk anak-anak belajar menghargai guru mereka, bukannya ibu bapa yang havoc menayang hadiah sana sini. Banyak negatif dari positifnya," ulasnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal rasional tiada sambutan Hari Guru di sekolah, lagi kecewa ada cikgu pun ikut ‘bersorak’ - “Sehari je nak gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkilan cikgu ‘select’ tayang hadiah di IG, Ferrero Rocher 3 biji pemberian anak langsung tak pandang!

Kritikan tersebut secara tidak langsung mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai had atau batasan dalam berkongsi pemberian hadiah Hari Guru di media sosial. 

Ada yang bersetuju bahawa ia boleh menimbulkan rasa rendah diri kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

"Disebabkan parents yang konon humble brag macam inilah sambutan Hari Guru mungkin tidak dibenarkan lagi dan kemungkinan kes pilih kasih antara murid akan berlaku.

"Anak saya di sekolah antarabangsa, awal-awal lagi dah keluar memo masa pendaftaran... hadiah untuk guru tidak boleh lebih daripada RM50 sebab nakelakkan hal-hal begini.

"Nanti mungkin akan ada pelajar yang kurang berkemampuan akan rasa rendah diri untuk berikan hadiah kepada guru mereka," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain