BAU hanyir yang menusuk hidung serta kesan najis yang kerap dijumpai di merata sudut rumah akhirnya membuatkan seorang individu menanggung tekanan emosi yang amat berat, apatah lagi apabila bapanya sendiri berkeras enggan mendapatkan rawatan di hospital.Menurut pengadu, bapanya yang kini sudah menginjak usia 70 tahun dipercayai mengalami masalah buasir kronik sejak sekian lama sehingga menyebabkan pendarahan teruk setiap kali membuang air besar. Dilema menjadi lebih parah apabila warga emas itu didakwa berulang kali mengotorkan kawasan tandas serta tempat tidur, sekali gus menjejaskan selera makan dan mengganggu emosi ahli keluarga lain yang tinggal serumah.Dapatkan rawatan segera sekiranya kesihatan bapa semakin merosot. -Gambar hiasan AI"Kadang-kadang nak pergi tandas darah menitik. Bayangkan dari bilik darah menitik sampai ke tandas. Lepas tu berak dekat tandas bersembur sampai dinding."Masa saya nak berak terpaksa cuci dinding sebab geli. Dah pesan banyak kali supaya cuci semula tandas tu lepas ayah berak. Saya hairan dia berak macam mana sampai bersembur dekat dinding."Kadang nak pergi dapur tak selera nak makan sebab ayah buat pengotor macam tu. Masuk tandas pijak najis dia. Bau hanyir bukan bau tahi. Apabila baring dekat tempat tidur, dia berak dalam kain keluar air kuning," ceritanya dengan nada buntu.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malu dapatkan rawatan, ketahui 4 tahap buasir jika terus dibiarkanARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil mengadu sakit, doktor jumpa sesuatu ketika periksa lubang dubur - “Besar sangat, sebesar genggam tangan saya!”Tambahnya lagi, si bapa dikatakan terpaksa keluar masuk tandas lebih 10 kali sehari akibat masalah kebocoran najis yang kronik, sekali gus menyebabkan kebersihan rumah mereka semakin sukar untuk dipelihara."Kadang saya stres sampai bergaduh hari-hari. Loya tekak nak makan. Orang lain pun buasir juga tapi tak la sampai macam tu. Ajak pergi hospital macam-macam alasan sebab takut."Masalahnya dia menyusahkan anak-anak buat perangai pengotor. Tempat tidur penuh dengan air tahi, nanah bagai sebab berak dekat situ. Nak kata nyanyuk tak lagi. Mak pun pening nak pesan," luahnya lagi.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihatkan pengadu supaya mendapatkan bantuan perubatan segera untuk bapanya.Anak stres ayah 70 tahun enggan ke hospital walaupun kerap mengalami pendarahan.Keadaan rumah didakwa terjejas akibat masalah kesihatan warga emas itu.Pelbagai usaha memujuk ayah mendapatkan rawatan dikatakan gagal.Netizen menggesa keluarga mendapatkan bantuan perubatan segera.Pengadu bimbang ayahnya melarikan diri jika ambulans dipanggil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Hubungi ambulans je minta bawa dia ke hospital kalau sampai merecik darah macam tu."Ni ujian, dia ayah awak kan? Masa awak kecil dulu pun sama juga, tahu tercirit semua. Mak ayah la yang lap dan cuci. Nanti awak dah tua macam tu juga. Lepas tu anak rasa awak menyusahkan juga."Selagi ada ayah, awak hargai la dia. Saya tahu awak geli tapi jangan sampai menghina okey sebab saya dah rasa kehilangan ayah dan rasa berbeza sangat apabila dia tak ada, sakit sangat," komen sesetengah netizen.Membalas salah satu komen berkenaan, pengadu mendedahkan dia sebenarnya bimbang jika bapanya bertindak drastik melarikan diri dari rumah sekiranya pihak ambulans dipanggil secara mengejut.